Fang Fang

Fang Fang (Bahasa Cina: 方方; pinyin: Fāng Fāng) adalah nama pena Wang Fang (汪芳; Wāng Fāng; lahir 11 Mei 1955), beliau merupakan seorang penulis dari China yang memenangi Hadiah Sastera Lu Xun pada tahun 2010. Beliau dilahirkan di Nanjing, Wilayah Jiangsu. Beliau memasuki ke Universiti Wuhan pada tahun 1978 untuk belajar bahasa Cina. Pada tahun 1975, beliau mula menulis puisi dan pada tahun 1982 beliau melancarkan novel pertamanya bertajuk Da Peng Che Shang (大篷车上). Pada tahun 1987, beliau menerbitkan sebuah karya agung Feng Jing (风景), dan memenangi anugerah novel sederhana tahun 1987-1988 dalam peringkat kebangsaan. Karya lain, termasuk Qin Duan Kou (琴断口), dan Xing Yun Liu Shui (行云流水), Jiang Na Yi An (江那一岸), Yi Chang San Tan (一唱三叹), telah diterima dengan baik juga. Oleh kerana beliau sangat menyayangkan orang miskin, banyak karya beliau yang ditulis bagi mencerminkan kehidupan mereka yang sebenar.[1]

Rujukan

WikiPedia: Fang Fang http://ent.sina.com.cn/s/m/2010-11-16/14353147737.... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p153158107 http://isni.org/isni/0000000084112181 https://trove.nla.gov.au/people/950269 https://www.globaltimes.cn/content/1185055.shtml https://www.globaltimes.cn/content/1185246.shtml https://translate.google.com/translate?u=http://en... https://www.harpercollins.com/9780063052635/wuhan-... https://www.nytimes.com/2020/02/14/opinion/china-c... https://thediplomat.com/2020/03/fang-fang-the-cons...